Sabtu, 13 Ogos 2011

SENARAI NAMA PEGAWAI PEMBANGUNAN PENGADIL NEGERI

NAMA PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI UNTUK DI 


HUBUNGI




PERLIS - HAKIMI MOHAMAD 0124608841,

KEDAH - ABD. RAHIM ALI 019-4788990
,
 KEDAH - NASARUDDIN ISHAK 0195701169,


PERAK - NOOR ANUAR 0125233642,


SELANGOR - S. SELEARAJEN - 0126546439,

N. SEMBILAN - MUSTAQ KHAN 0193593239,

MELAKA - KASSIM BACHA O136133350,

JOHOR - ZULKIFLI JANTAN - 0197774001

PAHANG - MUKHTAR DAUD 0199312771,

TERENGGANU, AZMAN SULONG - 0139642753,


KELANTAN - ABD GHANI OMAR - 0199599584,

SARAWAK - MARSID DAHLAN 0138215047

SABAH - JUNAIDI AHMAD FAUZI 0128028844




catatan oleh En.Jamil Zakaria(FAM) di fb PENGADIL MALAYSIA.

10 MINIT Desicions


SABTU, APRIL 25, 2009

10 Minit ???

PENDAHULUAN

Seringkali kita biasa melihat sesuatu perlawanan yang diuruskan dengan licin tiba-tiba bertukar menjadi kucar-kacir, hilang kawalan sehingga berlaku free for all atau berlaku keputusan-keputusan yang pelik atau yang tidak konsisten oleh Pengadil. Seorang Pengadil yang mempamerkan kemahiran pengadil yang baik tiba-tiba merosot, meleset dan hilang genggaman terhadap perlawanannya. Ini juga boleh berlaku jika seseorang pengadil yang mempunyai kawalan yang baik menjadi complacent, dia boleh tiba-tiba hilang tumpuan dan kawalan perlawanan boleh hilang dari genggamannya. Berikut adalah tafsiran dan penjelasan terhadap situasi atau fenomena di atas, yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada Pengadil agar sentiasa berwaspada tentang kemungkinan berlakunya tempuh-tempuh masa tertentu di dalam perlawanan yang boleh mendatangkan masalah kepadanya. Ia juga berguna kepada pemerhati atau penilai pengadil untuk memberikan tumpuan yang khusus dalam pencerapan terhadap mutu pengadil agar dapat memberikan panduan dan bimbingan kepada Pengadil supaya tidak berlaku lagi tempuh masa yang boleh dikatakan Pengadil kehilangan tumpuan (lapse of concentration).

PRINSIP 10 MINIT

Kajian di Cardiff University, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa terdapat sesuatu tempuh masa yang unik di dalam sesuatu perlawanan permainan yang memerlukan perhatian dan peneletian khusus oleh Pengadil. Sebagai contoh, 10 minit pertama di awal setiap perlawanan, lima minit sebelum dan selepas waktu rehat dan juga 10 minit terakhir di setiap perlawanan yang memerlukan penelitian khusus oleh Pengadil. Terdapat juga pelbagai tempuh masa tertentu di dalam sesuatu perlawanan yang memerlukan perhatian khusus oleh Pengadil. Tempuh masa ini yang sering menimbulkan bantahan, konfrontasi atau masalah-masalah di dalam pengadilan sebagaimana yang berlaku selepas sesuatu jaringan atau selepas suatu kejadian atau insiden.
Pengadil perlu mengubahsuaikan cara kawalan perlawanan mengikut RENTAK permainan yang dimainkan oleh pemain. Ketika pemain ‘jadi panas’ semasa sesuatu permainan, Pengadil perlu membetulkan atau ‘fine tune’ cara dia mengadili berpatututan. Ini bukanlah tidak konsisten tetapi sekadar mengubah tahap kawalan mengikut ragam pemain-pemain. Konsistensi adalah cara Pengadil sering dapat mengawal permainan iaitu dengan berubah mengikut tempo permainan.

SEBELUM SITUASI

Malang tidak berbau. Jika Pengadil dapat menghidu sesuatu insiden mungkin berlaku, untuk mengekalkan kawalan atau menggengam semula permainan, hukum semua kesalahan dengan tegas dan yakin, lima atau 10 minit berikutnya. Cuba perlahankan permainan dan tidak melaksanakan advantej. Perlahankan permulaan semula dan rentaknya dan ini membolehkan pemain mendapatkan semula tumpuan kepada permainan dari kepada pemain lawannya

SEMASA SITUASI

Jangkakan konfrontasi sebelum ia berlaku adalah lebih baik kerana Pengadil akan lebih bersedia untuknya. Ketika berlaku pecut ke arah insiden itudengan pantas dan gunakan suara anda untuk mengelakkan tindak balas berlaku. Kehadiran anda dan tindakan positif mengawal keadaan ketika ini amat penting. Kehadiran anda akan menjadikan diri anda dihormati atau disanjung oleh pemain. Perlahankan diri ketika menghampiri pemain-pemain ini, gunakan suara dan wisel yang kuat, panjang dan nyaring, mungkin diikuti beberapa tiupan yang singkat, tetapi kuat. Ini bertujuan untuk memberikan dua kesan, ia menunjukkan bahawa anda telah melihat dan juga bunyi wisel itu akan menyentak pemain-pemain berkenaan. Anda perlu kawal keadaan ketika ini. Asingkan kedua-dua pemain yang bertelagah itu. Kadang-kala Pengadil perlu tidak meninggikan suaranya. Ia mungkin membangkitkan kemarahan atau menimbulkan keghairahan untuk bertindak balas di kalangan pemain.

Kadang-kala pemain ketiga yang muncul atau tiba ke tempat kejadian boleh meruncingkan situasi atau melakukan tindakan ganas – ambil tindakan tegas (beri AMARAN). Kepala anda hendaklah sentiasa diangkat (tidak tunduk) agar dapat melihat dengan jelas dan posisikan diri agar dapat melihat sesiapa yang menghampiri insiden itu. Anda mungkin perlu mengalihkan perhatian dari dua pemain itu kepada pemain lain yang cuba menghampiri. Ada juga pemain-pemain lain yang datang untuk menarik rakannya dari situasi itu atau menenangkan mereka, jadi gunakan mereka untuk membantu. Ketika menghadapi konfontasi, letakkan diri di antara kedua-dua pemain untuk membentuk halangan dan menenangkan situasi. Elakkan selalu sentuhan fizikal dengan memegang atau menyentuh pemain, pemain mungkin beranggapan berlainan. Hanya sesetengah Pengadil yang bereputasi boleh memegang pemain tanpa menimbulkan kemarahan atau syak wasangka oleh pemain.

Perlawanan dapat dikawal semula dengan memberikan AMARAN atau PERINTAH KELUAR kepada pemain yang bersalah. Kadang-kala kad perlu dilayangkan dengan segera dan pantas bagi mengelakkan retaliation oleh pemain yang dikasari. Mesej yang dikeluarkan ialah anda mengawal keadaan. Jika anda tunggu, risikonya ialah ia akan menjemput tindak balas pemain tersebut atau pemain-pemain lain. Kejadian yang hanya memerlukan satu amaran mungkin yang akan berakhir dengan pengeluaran beberapa kad kuning atau merah. Tindak balas Pengadil yang pantas dan bijak adalah perlu bagi menangani kejadian-kejadian ini.

TINDAKAN DISIPLIN

Ketika memerintah keluar pemain dari setiap pasukan, adalah penting untuk membenarkan masa di antara satu pemain yang perintahkan keluar dengan pemain lain yang akan diperintahkan keluar seterusnya. Ini adalah untuk mengelakkan pertelagaan berterusan. Adalah dinasihatkan untuk perintah keluar pemain dari pasukan pelawat dahulu kerana penonton akan berada dalam keadaan bersorakan dan tidak sedar bahawa pemain mereka juga diperintah keluar. Atau perintah keluar pemain pelawat akhir sekali untuk membolehkan penonton bersorakan. Kadang kala perlu pantas mengeluarkan kad merah terus kepada kedua-dua pemain terlibat.


SELEPAS SITUASI

Pastikan semua ‘api kecil’ telah terpadam sebelum memulakan semula permainan. Jika pemain masih berdekatan, kemungkinan pertelagaan boleh berlaku. Pastikan dengan Penolong Pengadil agar tiada tindakan sepatutnya yang terlepas diambil. Jika anda tidak mengatasi situasi dengan betul atau pemain berasa tindakan anda tidak munasabah atau tidak sempurna, kemungkinan keadaan buruk akan berulang. Perhatian anda hendaklah tertumpu kepada kemungkinan-kemungkinan ini.
Selepas sesuatu kejadian atau kontrovesi atau keputusan keras atau besar (strong decision) yang perlu dibuat oleh Pengadil (contohnya penalti, perintah keluar, konfrontasi dan sebagainya) terdapat juga tempuh masa ini yang perlu diberi perhatian oleh pemerhati atai penilai Pengadil. Pemerhatian ini boleh seterusnya membantu Pengadil dalam mengatasi masalah ini pada masa depan. Jika terdapat perubahan pada keputusan atau cara Pengadil membuat keputusan, keputusan yang tidak konsisten, keputusan yang boleh dipersoalkan atau terdapat kehilangan kawalan atau gengaman terhadap perlawanan, ia mencerminkan bahawa Pengadil telah kehilangan kawalan, kurangnya pengalaman dalam menangani situasi genting ataupun belum matang dalam kemahiran pengadilannya. Pengadil ini perlu lebih pendedahan kepada perlawanan yang rendah impact agar memberikan masa untuk dia mengembangkan pengalamannya. Sebaliknya jika keputusan-keputusan Pengadil atau tingkah lakunya tetap konsisten, tegas dan tenang (not shaky), ia mencerminkan bahawa perlawanan tetap dalam kawalannya dan Pengadil ini adalah matang dalam kemahiran pengadilannya. Pengadil ini boleh disyorkan untuk menangani perlawanan yang tinggi intensiti.

SYOR DAN CADANGAN

Bagaimana kita boleh menjadikan fenomena-fenomena yang diutarakan di atas untuk memastikan kejadian-kejadian yang tidak diingini tidak berlaku. Pengadil hendaklah sentiasa menjangkakan yang boleh dijangkakan dan juga menjangkakan yang mungkin tidak dijangkakan (expect the expected dan expect the unexpected). Persediaan mental adalah suatu aspek yang perlu diberi perhatian dalam persediaan seseorang Pengadil dalam menghadapi sesuatu perlawanan yang ditugaskan kepadanya selain dari persediaan fizikal. Persediaan mental meliputi mendapatkan input maklumat terhadap pasukan-pasukan yang bakal bertemu, pemain-pemain yang akan bermain, formasi dan strategi pasukan, kedudukan pasukan pada tangga liga, peringkat pertandingan (suku akhir, separuh akhir dan seterusnya). Teknik imagery dalam teknik mental preparation boleh juga digunakan sebagai persediaan sama ada ketika rehat di hotel atau semasa berada di bilik persalinan. Teknik imagery memerlukan pengamal persediaan mental ini untuk membayangkan situasa-situasi atau insiden-insiden yang mungkin berlaku di dalam sesuatu perlawanan yang bakal dihadapinya. Kemudian, dia juga membayangkan pelbagai cara atau teknik yang digunakan untuk mengatasi masalah-masalah berkenaan. Ini memberikan peluang kepada Pengadil untuk mengalami pengalaman-pengalaman yang berharga tanpa perlu mengalaminya secara zahir. Apabila kebetulan insiden itu berlaku di dalam perlawanan, Pengadil sudah ada jawapan tentang cara mengatasinya.

Dari aspek Penilai Pengadil, pencerapan terhadap Pengadil dalam beberapa tempuh tertentu di dalam perlawanan dapat memberikan input yang lebih berkualiti dan intelek dalam membimbing Pengadil semasa taklimat pasca perlawanan (debriefing). Pencerapan yang teliti ketika berlakunya sesuatu insiden atau keputusan yang genting memberikan suatu gambaran sama ada pengadil tetap konsisten atau menjadi shacky dan tidak tepat keputusannya atau cuba mengimbangi kesilapan atau keputusan itu dengan membuat keputusan yang silap atau tidak sepatutnya. Ia juga memberikan gambaran bahawa Pengadil itu tetap konsisten, composed dan matured dan memang boleh disyorkan untuk perlawanan-perlawanan yang lebih tinggi intensitinya. Ada juga Pengadil yang mempamerkan persembahan yang baik di dalam perlawanan yang normal atau pantas tetapi akan jadi pincang apabila menghadapi sesuatu masalah, disergah pemain atau selepas sesuatu kontrovesi. Oleh yang demikian penelitian yang spesifik dan berkualiti akan menghasilkan debriefing dan bimbingan lebih berkualiti Dari Penilai Pengadil yang dinanti-nantikan oleh setiap Pengadil dalam usaha mencorak mutu pengadilan yang lebih berkualiti. Mudah-mudahan artikel ini akan membantu kita dalam melahirkan lebih ramai Pengadil yang berkualiti dunia.


(Diterjemahkan dan diolahkan semula dari Petikan ‘10 minutes’ USSF)
Oleh Amir Sharifuddin Wong.

MEMBUAT KEPUTUSAN KRITIKAL


SABTU, APRIL 25, 2009

MEMBUAT KEPUTUSAN KRITIKAL

MEMBUAT KEPUTUSAN KRITIKAL
(Amir Sharifuddin Wong)


PENDAHULUAN
Apabila keputusan Pengadil adalah berdasarkan pendapatnya, kebolehan untuk melaksanakan keputusan sedemikian untuk menghukum, bergantung kepada tindakbalas pemain. Jika anda boleh lakukannya dalam sekelip mata, dan melakukannya dengan tegas, iaitu ia perlu dilihat sebagai betul pada masa itu (walaupun orang lain mungkin berkeputusan berlainan) – bolasepak adalah sesuai untuk anda (Julian Carosi).
Terdapat banyak situasi di dalam permainan, Pengadil membuat keputusan yang tidak semestinya sejajar dengan 17 Undang-undang itu. Kebolehan membuat interpretasi adalah asset utama dalam kuasa Pengadil. Kefahaman yang mendalam terhadap 17 Undang-undang itu tidak cukup untu menghasilkan seorang pengadil yang baik, kebolehan membuat keputusan dengan menggunakan Undang-undang sebagai komponen utama, digembelingkan dengan naluri logik, penilaian kendiri, perbincangan pasca perlawanan, ‘Spirit of the Game’ dan ‘Fair Play’.
Untuk membolehkan Pengadil membuat keputusan yang betul, pengetahuan yang menyeluruh tentang Undang-undang adalah penting. Adalah tidak adil kepada pemain, jika Pengadil membuat keputusan yang salah berpandu kepada kekurangan pengetahuan Undang-undang. Kecergasan fizikal dan mental membantu dalam membuat keputusan yang tepat. Sifat mudah menjadi letih di dalam permainan boleh menggangui kebolehan untuk membuat keputusan yang betul. Oleh itu, Pengadil yang letih mudah melakukan kesilapan dalam proses membuat keputusan. Pengadil yang terlalu letih, atau mempunyai kesan sampingan yang lepas (past or prior experiences) tidak boleh mengadili dengan sempurna. Keputusan di dalam padang perlu dibuat dengan pantas, yakin dan tenang. Mempercayai diri sendiri dan keyakinan akan keputusan sendiri akan menjadikan keputusan itu betul.
“Untuk menjadi pengadil yang baik, anda perlu boleh mengasingkan diri dari pemain-pemain dan pemain yang sering mengerang atau berkata-kata setiap kali anda membuat keputusan. Jika anda tidak dapat melakukannya, anda akan terseksa sebagai Pengadil. Setiap situasi keputusan Pengadil perlu dibuat seolah-olah ia adalah keputusan pertama di dalam perlawanan tersebut. Pengadil tidak boleh membawa bersamanya ingatan lepas. “Setiap pengadil mempunyai mata yang baik dan telinga yang buruk” – Jan Wegereef.
Terdapat empat jenis keputusan di dalam sesuatu perlawanan:
1. Keputusan ‘Statuatory’ – berdasarkan Undang-undang
2. Keputusan Interpretasi – pendapat Pengadil
3. Keputusan ‘Impossible’ – ‘best guess’, ‘benefit of the doubt’ atau equal decision’
4. Keputusan ‘Critical’ – memerlukan keyakinan, ketepatan dan keberanian

1. Keputusan ‘Statuatory’
Keputusan dibuat berpandukan Undang-undang Permainan. Sebagai contohnya, pemain yang memukul mesti diperintah keluar; lontaran ke dalam adalah permulaan semula yang betul jika boleh melintasi garisan tepi; Jika pengadil mengesahkan suatu jaringan, dia tidak boleh membatalkannya jika permainan telah dimulakan semula; pemain tidak boleh ofsaid jika menerima bola terus dari suatu sepakan gol.
Keputusan ini bergantung kepada pengetahuan Pengadil terhadap Undang-undang serta mengemaskini diri kepada perkembangan terkini. Keputusan ini paling mudah kerana pengadil tahu atau sepatutnya tahu, hukuman bagi semua kesalahan. Perkara lain ialah syarat-syarat ketika sepakan gol, sepakan percuma di dalam atau di luar kawasan penalti, sepakan penalti dan sebagainya.

2. Keputusan Interpretasi
Bolasepak adalah sukan yang membenarkan Pengadil flesibiliti dalam membuat interpretasi dan melaksanakan Undang-undang secara subjektif atau ikut pendapatnya. Walaupun Pengadil dilatih agar konsisten dalam melaksanakan Undang-undang – keindividualan juga adalah dibenarkan. Setiap Pengadil mempunyai gaya, had dan tahap ketahanan sendiri. Fleksibiliti ini menambahkan kepada kesamaran, ketidak-jangkaan dan keseronokan permainan ini di serata dunia ini. Undang-undang membolehkan Pengadil dan juga Bolasepak untuk mengekalkan sifat manusia. Pengadil bersifat pengalaman dan pengubahsuai. Ini membolehkan sifat Pengadil untuk berkembang dan menambahkan keseronokan perlawanan seterusnya.
Interpretasi Undang-undang adalah kemahiran yang tercapai dari pengalaman dan juga perbincangan dengan rakan Pengadil yang lain. Lulus dalam peperiksaan Pengadil adalah mudah tetapi melaksanakan Undang-undang dan menguruskan manusia di padang adalah sukar. ‘Common Sense’ dan interpretasi Undang-undang yang digunakan secara adil membezakan pengadil yang baik dengan yang tidak.
Contoh keputusan yang menggunakan interpretasi Pengadil adalah:
a. Adakah pemain yang mengkasari pemain perlu diberi amaran?
b. Adakah penyerang yang berkedudukan ofsaid, terlibat dalam permainan aktif?
c. Adakah takel itu salah atau tidak?
d. Adalah ‘handball’ itu sengaja”
e. Bolehkah pengadil membuat jatuhan bola hanya kepada penjaga gol ?

Cara terpantas untuk pengadil baru mempelajari kemahiran membuat interpretasi undang-undang ialah dengan mengadili seberapa banyak perlawanan dan belajar dari pengalaman; berinteraksi dengan rakan pengadil lain dan membaca bahan pengadilan; dan mempelajari dari menonton seberapa banyak perlawanan. Pengadil baru yang tidak melakukan mana-mana cadangan di atas mengabil masa yang lebih lama untuk membina kemahiran interpretasi undang-undang dan kemahiran mengurus manusia. Pengadil yang kerap melakukannya akan cepat meningkat dan lebih cepat diterima oleh masyarakat bola sepak.


3. Keputusan ‘Impossible’
Terdapat juga keadaan yang menjadi mustahil untuk pengadil membuat keputusan yang tepat. Sebagai contohnya, tanpa melihat dengan jelas bola keluar untuk lontaran ke dalam (kepada siapa lontaran itu?); sepakan gol atau sepakan penjuru? Bola terdorong ke hadapan kepada pemain yang berkedudukan ofsaid (siapa yang menyentuh bola itu?); pengadil jauh dari bola (ofsaid atau teruskan permainan?).
Membuat keputusan yang salah lebih baik dari membuat keputusan yang tidak pasti – dan membuat keputusan yang salah lebih baik dari tiada keputusan langsung. Jika kedua-dua pemain bersalah (dangerous play) ada keputusan lebih baik dari jatuhan bola. Jika keputusan sedemikian perlu dibuat juga anda perlu kelihatan tegas, cepat, positif, berdiri tegak, beri isyarat jelas, jangan ubah keputusan atau dipengaruhi, jujur, keputusan anda lebih penting dari orang lain, keputusan anda kelihatan betul walaupun anda salah, usah bimbang semua orang berasa anda salah – anda betul.


4. Keputusan ‘Critical’
Keputusan kritikal adalah keputusan yang mengakibatkan keputusan berubah (gol atau tidak gol), penalti atau tidak penalti, perintah keluar atau tidak dan sebagainya. Kemahiran ini membezakan pengadil yang hebat dari pengadil yang biasa. Pengadil ini akan memperolehi ‘respect’ dari semua pemain, pegawai dan juga rakan pengadil serta masyarakat bolasepak.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Pengadil dalam membuat keputusan ini:
a. kecergasan - kelajuan permainan
b. kedudukan atau posisi - jarak insiden dari pengadil
c. penglihatan menyeluruh – clear overall vision
d. pengalaman
e. insiden sebelum di dalam perlawanan yang sama
f. insiden buruk sebelum di dalam perlawanan lepas
g. keberanian
h. tempat atau stadium - keadaan keselamatan stadium
i. faktor-faktor lain.

Adalah dinasihatkan agar pengadil sentiasa mengikuti rentak permainan) keep up with play), sentiasa cergas sebaik mungkin (make sure you are as fit as possible), cuba mengekalkan penglihatan sisi untuk sentiasa melihat permainan, dan pelajari Undang-undang secara ‘inside-out’. Ini membolehkan pengadil berasa yakin dengan keputusannya iaitu tidak sering menukar keputusan bola disergah oleh pemain atau dikritik. Pemain akan menghormati keputusan yang kuat (walaupun salah) dari keputusan yang lemah atau tidak tegas.
Pengadil tidak seharusnya ‘kurang tidur’ merisaukan sama ada telah membuat keputusan yang betul di dalam sesuatu perlawanan – asalkan dia telah membuat keputusan yang jujur ketika itu. Walaupun Pengadil atau Penolong Pengadil membuat keputusan yang salah – ia adalah keputusan yang betul bagi perlawanan tersebut, kerana keputusan Pengadil berdasarkan kepada fakta adalah muktamad. Keputusan yang mustahil berlaku dalam sekelip masa, dan pengadil perlu buat keputusan yang spontan dan teruskan permainan. Jika pengadil menunjukkan kelemahan atau ketidak-tentuan dalam membuat keputusan, pemain, penonton, pegawai pasukan akan menggunakan peluang dari itu. Perlu tegas dan positif dan menerima bahawa keputusan anda itu adalah kesilapan tulen yang jujur, tetapi ia tentunya tidak dilakukan dengan sengaja. Tanpa menghiraukan sama ada anda telah memberikan kelebihan (benefitr of the doubt) kepada pasukan bertahan atau menyerang, atau kedua-duanya, SENTIASA konsisten sepanjang perlawanan.
Jika anda was-was dan rasa telah membuat keputusan yang salah, jangan diberitahu kepada pemain – biar POSITIF dan jangan ubah keputusan asal itu atau mengimbanginya dengan membuat satu lagi keputusan yang salah untuk pihak lawan.
Terdapat ketika, sebagai Pengadil anda perlu membuat keputusan yang betul mengikut Undang-undang, keputusan yang anda tidak gemar atau suka melakukannya. Biasa bila Pengadil membuat keputusan ini, kepalanya tunduk sedikit dan bahunya ke hadapan. Oleh itu berdiri tegak dan bahu ke hadapan ketika membuat keputusan – ini akan mencerminkan ketegasan dan keyakinan dan membolehkan anda menerima kerjasama dari pemain.
Kadang-kala sebaik saja Pengadil membuat keputusan dia tiba-tiba sedar akan kesilapannya. Jangan bimbang, kejujuran aadalah kata kuncinya. Dalam situasi ini, ubah keputusan asalkan permainan belum dimulakan semula. Pemain biasanya menerima kesilapan yang jujur diperbetulkan – Pengadil hanya mengakui kesilapan pertama itu.
Adalah tidak penting apabila keputusan mustahil yang dibuat oleh Pengadil adalah salah atau betul mengikut fakta. Apa yang lebih penting ialah Pengadil telah membuat keputusan yang jujur – keputusan yang dianggap betul pada detik masa itu.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Barang PENGADIL BARU

Beg Terbaru daripada LOTTO.

Harga Pasaran : RM89.90
 + Postage       : RM10.00 - Smnnjg M'sia
                         RM 18.00- Sabah/Srwk

~Berkualiti
~Water Proof
~Besar 30 x 78 cm
~Zip Berkualiti
~Tali tahan beban 50KG.
~Mudah dilipat


Rabu, 10 Ogos 2011

Aksi SUBKIDIN yang Terakhir untuk FIFA di CHINA

PANDUAN BAKAL PENGADIL (LAW 12-KESALAHAN2 DAN KELAKUAN TIDAK SOPAN)


UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN


Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan adalah dihukum seperti berikut:

Sepakan Percuma Terus


Sepakan percuma terus diberi kepada pasukan pihak lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut dengan cara yang dianggap oleh Pengadil sebagai cuai, gegabah atau melibatkan daya yang berlebihan:

• menendang atau cuba menendang pemain lawan

• membentes atau cuba membentes pemain lawan

• menerjah ke pemain lawan

• merempuh pemain lawan

• memukul atau cuba memukul pemain lawan

• menolak pemain lawan

• menakel pemain lawan

Sepakan percuma terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:
• memegang pemain lawan

• meludah pemain lawan

• memegang bola dengan sengaja (kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya)

Sepakan percuma terus dibuat di mana kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma)

Sepakan Penalti
Sepakan penalti diberi jika salah satu dari sepuluh kesalahan di atas dilakukan oleh seorang pemain di dalam kawasan penaltinya, tanpa mengira kedudukan bola, dengan syarat bola itu berada di dalam permainan.

Sepakan Percuma Tidak Terus
Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol, di dalam kawasan penaltinya, melakukan salah satu dari empat kesalahan berikut:
• mengambil lebih dari enam saat semasa mengawal bola dengan tangannya sebelum melepaskan dari kawalannya.

• memegang bola semula dengan tangan setelah bola dilepaskan dari kawalannya dan belum disentuh oleh pemain lain.

• menyentuh bola dengan tangan setelah ia dengan sengaja disepak oleh rakan kepadanya.

• memegang bola dengan tangan setelah menerimanya terus dari lontaran ke dalam oleh rakannya.

Sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain, pada pendapat Pengadil:
• bermain dengan cara yang berbahaya

• menyekat pergerakan pemain lawan

• menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya

• melakukan kesalahan lain yang tidak disebut dalam Undang-undang 12, yang mana permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar pemain.

Sepakan percuma tidak terus adalah dibuat dari tempat di mana kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma)

Tindakan Disiplin
Kad kuning ditunjukkan kepada pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diberi amaran

Kad merah ditunjukkan kepada pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diperintah keluar.

Hanya pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan saja boleh ditunjukkan kad merah dan ditunjukkan kad kuning.

Pengadil berkuasa untuk mengambil tindakan disiplin, dari ketika ia masuk ke padang permainan hingga ia meninggalkan padang permainan selepas tiupan wisel penamat

Pemain yang melakukan kesalahan beramaran atau perintah keluar, di dalam di dalam atau di luar padang permainan sama ada terhadap pemain lawan, rakannya, Pengadil, Penolong Pengadil atau orang lain, dikenakan tindakan disiplin mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

Kesalahan-kesalahan Beramaran
Pemain diberi amaran dan ditunjuk kad kuning jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut:
• bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan

• membantah dengan perkataan atau perbuatan

• sentiasa melanggar Undang-undang Permainan

• melambat-lambat memulakan semula permainan

• gagal beredar ke jarak yang dikehendaki apabila permainan dimulakan semula dari sepakan penjuru atau sepakan percuma atau lontaran ke dalam

• masuk atau masuk semula padang permainan tanpa kebenaran Pengadil

•. dengan sengaja meninggalkan padang permainan tanpa kebenaran Pengadil

Pengganti atau pemain yang telah digantikan diberi amaran dan ditunjukkan kad kuning jika melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:
• bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan

• membantah dengan perkataan atau perbuatan

• melambat-lambat memulakan semula permainan


Kesalahan-kesalahan Perintah Keluar
Pemain diperintah keluar dan ditunjukkan kad merah jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut:
• bersalah kerana bermain dengan amat kasar

• bersalah kerana berkelakuan ganas

• meludah pemain lawan atau orang lain

• menggagalkan jaringan gol pasukan lawan atau peluang jelas untuk menjaringkan gol dengan sengaja memegang bola (ini tidak terpakai kepada penjaga gol yang berada di dalam kawasan penalti sendiri)

• menggagalkan peluang jelas untuk menjaringkan gol oleh pemain lawan yang menuju ke arah gol lawannya, dengan melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan sepakan percuma atau sepakan penalti

• menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kata-kata kesat dan/atau geraklaku.

• menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama.

Pemain yang diperintah keluar mestilah meninggalkan persekitaran padang permainan dan kawasan teknikal.

PANDUAN BAKAL PENGADIL (LAW.11 OFFSIDE)


UNDANG-UNDANG 11 – OFSAID

Kedudukan Ofsaid
Adalah tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan ofsaid.

Seorang pemain berada di kedudukan ofsaid jika:
• dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir.


Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika:
• dia berada di kawasan padang permainannya sendiri
atau

• dia berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir atau

• dia berada separas dengan dua pemain lawan terakhir


Kesalahan
Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum jika pada ketika bola disentuh atau dimainkan oleh pemain pasukannya pada pendapat Pengadil, dia terlibat aktif dalam permainan dengan:

• mengganggu permainan atau

• mengganggu pemain pihak lawan atau

• memperoleh keuntungan dengan berada di kedudukan itu


Tiada Kesalahan
Ofsaid tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari:

• sepakan gol

• lontaran ke dalam

• sepakan penjuru


Pelanggaran dan Hukuman
Untuk kesalahan ofsaid, pengadil akan memberi sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan yang dibuat di tempat mana kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang 13 –Kedudukan Sepakan Percuma)

PANDUAN BAKAL PENGADIL (LAW.10 CARA MENENTUKAN JARINGAN)


UNDANG-UNDANG 10 – CARA MENENTUKAN JARINGAN

Jaringan Gol
Gol dijaringkan apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol, di antara tiang-tiang gol dan di bawah palang gol, dengan syarat tiada pelanggaran Undang-undang Permainan dilakukan sebelum itu oleh pasukan yang menjaringkan gol.

Pasukan Menang
Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih semasa perlawanan dikira pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringkan bilangan gol yang sama, atau jika tiada gol dijaringkan, perlawanan dikira seri.

Peraturan-peraturan Pertandingan
Apabila peraturan-peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu sebagai pemenang setelah perlawanan berkeputusan seri, hanya prosedur berikut, yang telah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa, dibenarkan
• Jaringan gol di tempat lawan

• Masa tambahan;

• Sepakan dari tanda penalti.
[bola+di+dlm+or+di+luar.jpg]

PANDUAN BAKAL PENGADIL (LAW.9 BOLA DIDALAM DAN DILUAR PERMAINAN)


UNDANG-UNDANG 9 – BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN

Bola di luar permainan
Bola berada di luar permainan apabila:
• keseluruhannya telah melintasi garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah atau di udara.
• permainan telah diberhentikan oleh Pengadil.


Bola di dalam permainan
Bola sentiasa berada di dalam permainan, termasuk apabila:
• ia melantun dari tiang gol, palang gol atau tiang bendera penjuru dan berada di dalam padang permainan.

• ia melantun dari pengadil atau penolong pengadil ketika mereka berada di dalam padang permainan.

PANDUAN BAKAL PENGADIL (LAW.8 PERMULAAN MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN)


UNDANG-UNDANG 8 – PERMULAAN DAN MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN

Pra Perlawanan
Lentingan syiling dilakukan dan pasukan yang menang lentingan itu memilih bahagian gol yang akan diserang pada separuh masa pertama.

Pasukan lawannya akan membuat sepak mula untuk permulaan perlawanan.

Pasukan yang menang lentingan syiling akan membuat sepak mula bagi permulaan bahagian kedua perlawanan.

Pada separuh masa kedua perlawanan, pasukan-pasukan akan bertukar tempat untuk menyerang gol yang bertentangan.

Sepak Mula
Sepak mula ialah suatu cara untuk permulaan atau memulakan semula permainan.

• pada permulaan perlawanan

• selepas gol dijaringkan

• pada permulaan separuh masa kedua

• pada permulaan setiap separuh masa dalam masa tambahan (jika berkaitan)

Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula.

Prosedur
• semua pemain berada di dalam kawasannya sendiri.

• pihak lawan kepada pasukan yang membuat sepak mula berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga ia berada di dalam permainan.

• bola diletak tidak bergerak di tanda tengah.

• Pengadil memberi isyarat.

• bola dikira dalam permainan sebaik saja ia disepak dan bergerak ke hadapan.

• penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain.

Selepas sesuatu pasukan membuat jaringan, sepak mula akan dibuat oleh pihak lawannya.


Kesalahan-kesalahan dan Hukuman
Jika penyepak menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh pemain lain:

• sepakan percuma tidak terus diberi kepada pihak lawan yang dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).

Untuk kesalahan-kesalahan lain dalam prosedur sepak mula:

• sepak mula dibuat semula

Jatuhan Bola
Jatuhan bola adalah cara untuk memulakan semula permainan selepas pemberhentian sementara diperlukan, semasa bola di dalam permainan, untuk apa jua sebab yang tidak disebut di mana-mana bahagian Undang-undang Permainan.


Prosedur
Pengadil membuat jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan kecuali jika permainan diberhentikan sementara di dalam kawasan gol, jatuhan bola hendaklah dibuat di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada semasa permainan diberhentikan.

Permainan dimulakan semula sebaik saja bola mencecah tanah.

Kesalahan dan Hukuman
Bola dijatuhkan semula jika;
• disentuh oleh pemain sebelum ia mencecah tanah

• terkeluar dari padang permainan setelah ia mencecah tanah, tanpa disentuh oleh mana-mana pemain.

PANDUAN BAKAL PENGADIL ( LAW.7 JANGKAMASA PERMAINAN)


UNDANG-UNDANG 7 – JANGKAMASA PERMAINAN


Tempoh PermainanPerlawanan hendaklah mengandungi dua bahagian tempoh masa yang sama iaitu 45 minit, kecuali jika ada persetujuan bersama di antara Pengadil dan kedua-dua pasukan yang mengambil bahagian. Sebarang persetujuan untuk mengubah tempoh masa permainan (contohnya untuk mengurangkan setiap bahagian kepada 40 minit kerana kekurangan cahaya) mestilah dibuat sebelum permulaan permainan dan mestilah mematuhi Peraturan Pertandingan.


Rehat Separuh MasaPemain berhak untuk masa rehat pada separuh masa.

Masa rehat separuh masa mesti tidak melebihi 15 minit.

Peraturan Pertandingan mestilah menyatakan jangkamasa rehat separuh masa.

Tempoh masa rehat boleh diubah hanya dengan persetujuan Pengadil.


Peruntukan Masa Terbuang
Peruntukan hendaklah dibuat pada setiap separuh masa untuk jumlah masa yang terbuang melalui:
• penggantian

• menilai kecederaan pemain

• mengeluarkan pemain cedera dari padang permainan untuk rawatan

• membuang masa

• sebab-sebab lain

Peruntukan masa terbuang adalah di bawah budi bicara Pengadil.


Sepakan Penalti
Jika sesuatu sepakan penalti perlu dibuat atau dibuat semula, jangkamasa permainan bagi tiap-tiap separuh bahagian adalah dilanjutkan sehingga sepakan penalti itu disempurnakan.

Pembatalan Perlawanan
Perlawanan yang dibatalkan akan dimainkan semula kecuali Peraturan Pertandingan menyatakan sebaliknya.

PANDUAN PENGADIL-(LAW.6 PENOLONG PENGADIL)


UNDANG-UNDANG 6 – PENOLONG PENGADIL

Tugas-tugas
Dua Penolong Pengadil dilantik di mana tugas mereka tertakluk kepada keputusan Pengadil, ialah untuk memberi isyarat:
• Apabila keseluruhan bola telah keluar dari padang permainan.

• Pasukan mana yang berhak untuk sepakan penjuru, sepakan gol atau lontaran ke dalam.

• Apabila seorang pemain boleh dihukum kerana berada di kedudukan ofsaid.

• Apabila ada permintaan untuk penggantian.

• Apabila ada salahlaku atau insiden lain di luar penglihatan Pengadil.

• Apabila kesalahan dilakukan di mana Penolong Pengadil lebih hampir dengan insiden dari Pengadil (ini termasuk, dalam keadaan-keadaan tertentu, kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam kawasan penalti).

• Semasa sepakan penalti, sama ada, penjaga gol telah bergerak ke hadapan sebelum bola disepak dan jika bola telah melintasi garisan itu.


Bantuan
Penolong-penolong Pengadil juga membantu Pengadil mengawal perlawanan mengikut Undang-undang Permainan. Terutama sekali mereka boleh masuk ke padang permainan untuk menolong mengawal jarak 9.15 meter.

Jika berlaku gangguan yang tidak wajar atau kelakuan tidak sepatutnya Pengadil boleh melucutkan Penolong Pengadil itu dari tugasnya dan membuat laporan kepada pihak yang berkenaan.

PANDUAN PENGADIL-(LAW.5 PENGADIL)


UNDANG-UNDANG 5 – PENGADIL

Kuasa Pengadil
Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang berkuasa penuh untuk menguatkuasa Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan.


Kuasa dan Tugas
Pengadil:
• menguatkuasakan Undang-undang Permainan

• mengawal perlawanan dengan kerjasama Penolong-penolong Pengadil dan di mana berkaitan dengan Pegawai Keempat.

• memastikan mana-mana bola yang digunakan memenuhi syarat-syarat Undang-undang 2.

• memastikan peralatan pemain memenuhi syarat-syarat Undang-undang 4.

• bertindak sebagai penjaga masa dan membuat catatan perlawanan.

• mempunyai budi bicara untuk memberhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan untuk sebarang pelanggaran Undang-undang.

• memberhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan kerana sebarang bentuk gangguan luar.

• berhentikan perlawanan jika pada pendapatnya, seseorang pemain cedera parah dan pastikan ianya dikeluarkan dari padang permainan.

• meneruskan permainan sehingga bola di luar permainan, jika pada pendapatnya seorang pemain itu hanya cedera ringan.

• memastikan pemain yang luka berdarah dikeluarkan dari padang permainan. Pemain tersebut hanya boleh kembali, setelah menerima isyarat dari Pengadil yang mesti berpuas hati bahawa pendarahan itu telah berhenti.

• meneruskan permainan apabila pasukan yang mana kesalahan dilakukan ke atasnya akan memperolehi advantej dari situasi itu dan hukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang dijangkakan tidak diperolehi pada masa itu.

• menghukum kesalahan yang lebih berat apabila pemain melakukan lebih dari satu kesalahan pada masa yang sama.

• mengambil tindakan disiplin ke atas pemain kerana kesalahan beramaran dan perintah keluar. Dia tidak perlu mengambil tindakan ini serta merta tetapi mesti berbuat demikian sebaik saja bola di luar permainan.

• mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai pasukan yang berkelakuan tidak bertanggungjawab dan mengikut budi bicaranya, menyingkirkan mereka dari padang permainan dan kawasan sekitarnya.

• bertindak atas nasihat Penolong-penolong Pengadil terhadap insiden yang tidak dilihatnya.

• jangan membenarkan orang yang tidak berkenaan masuk ke padang permainan.

• mulakan semula permainan setelah ianya diberhentikan.

• mengemukakan kepada pihak berkuasa yang berkenaan laporan perlawanan yang mengandungi maklumat tentang tindakan disiplin diambil ke atas pemain, dan/atau pegawai pasukan dan insiden lain yang berlaku sebelum, semasa atau selepas perlawanan.


Keputusan Pengadil
Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Pengadil tentang fakta yang berkaitan dengan permainan adalah muktamad.

Pengadil hanya boleh menukar sesuatu keputusan apabila menyedari kesilapannya atau, mengikut budi bicaranya, di atas nasihat Penolong-penolong Pengadil dengan syarat permainan belum dimulakan semula atau menamatkan perlawanan itu.


Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1Seorang Pengadil (atau jika berkaitan, Penolong Pengadil atau Pegawai Keempat) tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana:
sebarang kecederaan ke atas seseorang pemain, pegawai atau penonton
sebarang kerosakan ke atas harta benda
sebarang kerugian yang dialami oleh individu, kelab, syarikat, persatuan atau badan serupa, kerana atau mungkin kerana keputusan yang dibuatnya berkaitan dengan Undang-undang Permainan atau mengikut prosedur biasa yang dikehendaki dijalankan, dimainkan atau bagi pengawalan sesuatu perlawanan.

Keputusan ini meliputi:
• keputusan tentang keadaan padang permainan, kawasan sekitarnya atau keadaan cuaca yang boleh atau tidak membolehkan sesuatu perlawanan itu dijalankan.

• keputusan untuk membatalkan sesuatu perlawanan dengan apa jua sebab.

• keputusan berkaitan keadaan kelengkapan atau alat-alat yang digunakan semasa perlawanan termasuk tiang-tiang gol, palang gol, tiang penjuru atau juga bola.

• keputusan untuk memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan kerana gangguan penonton atau sebarang masalah di dalam kawasan penonton.

• keputusan untuk memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan untuk
membenarkan pemain cedera dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan.

• keputusan untuk memohon atau menggesa supaya pemain yang cedera dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan.

• keputusan untuk membenarkan atau tidak membenarkan seorang pemain memakai kelengkapan atau alat tertentu

• keputusan (selagi itu menjadi tanggungjawabnya) untuk membenarkan atau tidak membenarkan sesiapa jua (termasuk pasukan atau pegawai-pegawai stadium, pegawai-pegawai keselamatan, juru-juru gambar atau wakil-wakil media) hadir di persekitaran kawasan padang permainan.

• sebarang keputusan lain yang akan dibuatnya mengikut Undang-undang Permainan atau dalam menjalankan tugasnya untuk mematuhi syarat-syarat FIFA, Konfederasi Persatuan Kebangsaan atau Liga atau Peraturan-peraturan di bawah mana perlawanan itu dimainkan.

Keputusan 2Untuk kejohanan atau pertandingan di mana seorang Pegawai Keempat dilantik, peranan dan tugasnya mestilah mematuhi garis panduan yang diluluskan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa, yang terkandung di dalam publikasi ini.

PANDUAN PENGADIL-(LAW.4 ALATAN PEMAIN)


UNDANG-UNDANG 4 – ALATAN PEMAIN

Keselamatan
Seseorang pemain tidak dibenar menggunakan atau memakai sebarang peralatan yang berbahaya kepada diri sendiri atau pemain-pemain lain (termasuk apa jua barang kemas).


Peralatan Asas
Peralatan asas yang diwajibkan untuk seseorang pemain ialah:
• jersi atau baju berlengan – Jika pakaian dalaman digunakan, warna lengannya hendaklah sama warna dengan warna utama lengan jersi atau baju.

• seluar pendek – jika seluar pendek ‘thermal’ digunakan, warnanya hendaklah sama dengan warna utama seluar pendeknya.

• stokin

• shinguard

• alas kaki


Shinguard
• dilitupi keseluruhannya oleh stokin.

• dibuat daripada getah, plastik atau bahan yang sama serta sesuai

• boleh memberi perlindungan pada tahap munasabah.


Warna
• Kedua-dua pasukan mesti memakai warna jersi yang membezakan pasukannya dan juga Pengadil dan Penolong Pengadil.

• setiap penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang membezakan dirinya dari pemain-pemain lain, Pengadil dan Penolong Pengadil.


Kesalahan-kesalahan dan Hukuman
Untuk Pelanggaran Undang-undang ini:
• permainan tidak perlu diberhentikan.

• pemain yang bersalah diarah keluar oleh Pengadil untuk membetulkan peralatannya.

• pemain tersebut perlu keluar padang sebaik saja bola di luar permainan, kecuali dia telah membetulkan peralatannya sebelum itu.

• pemain yang dikehendaki keluar padang untuk membetulkan peralatannya tidak dibenarkan masuk semula tanpa kebenaran Pengadil.

• pengadil akan memeriksa peralatan pemain sebelum membenarkan dia masuk semula ke padang.

• pemain hanya boleh masuk semula ke padang apabila bola di luar permainan.

Seseorang pemain yang dikehendaki meninggalkan padang kerana kesalahan Undang-undang ini dan yang masuk (atau masuk semula) padang tanpa kebenaran Pengadil akan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning.


Memulakan Semula Permainan
Jika permainan diberhentikan oleh Pengadil untuk memberi amaran:
• perlawanan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus oleh pemain pihak lawan, di tempat bola berada semasa Pengadil memberhentikan permainan (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).



Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1Pemain-pemain tidak boleh menunjukkan baju dalamannya yang mengandungi slogan atau pengiklanan. Peralatan asas yang wajib mesti tidak mengandungi sebarang kenyataan politik, agama atau peribadi.

Pemain yang menanggalkan jersinya untuk menunjukkan slogan atau pengiklanan akan diambil tindakan oleh Penganjur Pertandingan. Pasukan pemain yang mempunyai peralatan asas yang wajibnya mengandungi kenyataan politik, agama atau peribadi akan diambil tindakan oleh Penganjur Pertandingan atau FIFA.

PANDUAN PENGADIL-(LAW.3 BILANGAN PEMAIN)


UNDANG-UNDANG 3 – BILANGAN PEMAIN

Pemain-pemain
Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan mengandungi tidak lebih sebelas pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. Suatu perlawanan tidak boleh dimulakan jika salah satu dari pasukan itu mempunyai kurang dari tujuh pemain.


Perlawanan-perlawanan Rasmi
Sehingga maksimum tiga pengganti boleh digunakan di dalam mana-mana perlawanan rasmi yang dianjurkan di bawah naungan FIFA, konfederasi atau persatuan kebangsaan.

Peraturan pertandingan mesti menyatakan bilangan pengganti yang boleh dinamakan, dari tiga hingga maksimum tujuh.


Perlawanan-perlawanan Lain
Untuk perlawanan pasukan A Kebangsaan, sehingga maksimum enam pengganti boleh digunakan.

Untuk semua perlawanan lain, bilangan penggantian lebih besar boleh digunakan dengan syarat:
• Pasukan-pasukan berkenaan mencapai persetujuan tentang bilangan maksimumnya;

• Pengadil diberitahu sebelum perlawanan

Jika pengadil tidak diberitahu, atau tiada persetujuan dicapai sebelum perlawanan, tidak lebih enam penggantian dibenarkan.


Semua Perlawanan
Untuk semua perlawanan nama pemain pengganti mestilah diserahkan kepada Pengadil sebelum permulaan perlawanan. Pengganti yang tidak dinamakan tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan tersebut.


Prosedur Penggantian
Untuk mengganti seseorang pemain oleh pengganti, syarat-syarat berikut mestilah dipatuhi:
• pengadil diberitahu sebelum sebarang cadangan penggantian dibuat.

• pengganti hanya masuk setelah pemain yang digantinya itu telah keluar dan setelah menerima isyarat dari Pengadil.

• pengganti hanya masuk ke padang di garisan pertengahan padang dan semasa pemberhentian permainan.

• penggantian adalah sempurna apabila pengganti masuk ke dalam padang permainan.

• dari masa itu, pengganti menjadi pemain dan pemain yang digantikan itu tamat menjadi pemain.

• seorang pemain yang telah digantikan tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan itu seterusnya.

• semua pengganti adalah tertakluk kepada kuasa budi bicara Pengadil, sama ada dipanggil untuk bermain atau tidak.


Pertukaran Penjaga Gol
Mana-mana pemain boleh bertukar tempat dengan penjaga gol, dengan syarat:
• pengadil diberitahu sebelum pertukaran dibuat.

• pertukaran dibuat semasa bola di luar permainan.


Kesalahan-kesalahan dan Hukuman
Jika pengganti atau pemain yang telah digantikan masuk ke padang permainan tanpa kebenaran pengadil:
• permainan diberhentikan (walaupun permainan tidak diberhentikan dengan segera, jika pengganti tidak mengganggu permainan)

• pengadil berikan amaran kepada kerana tidak bersemangat sukan dan mengarahkan dia keluar dari padang.

• jika pengadil telah memberhentikan permainan, permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (rujuk Undang-undang 13 –Kedudukan Sepakan Percuma)

Jika pemain bertukar tempat dengan penjaga gol tanpa kebenaran Pengadil sebelum pertukaran dibuat:
• permainan diteruskan.

• pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning sebaik saja bola di luar permainan.

Untuk kesalahan-kesalahan lain:
• pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning.

• permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dibuat oleh pihak lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma)


Pemain dan Pengganti Diperintah Keluar
Seorang pemain yang diperintah keluar sebelum permulaan permainan hanya boleh digantikan dengan salah seorang dari pengganti-pengganti yang dinamakan.

Pengganti yang dinamakan jika diperintahkan keluar sama ada sebelum permainan dimulakan atau selepas permulaan permainan, tidak boleh digantikan.

PANDUAN BAKAL PENGADIL ( LAW. 2-BOLA)


UNDANG-UNDANG 2 – BOLA

Kualiti dan Ukuran
Bola
• berbentuk sfera
• diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan lain yang sesuai
• lilitannya tidak lebih dari 70 cm (28 inci) dan tidak kurang dari 68 cm (27 inci)
• beratnya tidak lebih dari 450 g (16 auns) dan tidak kurang dari 410 g (14 auns) pada permulaan permainan.
• tekanan udara bersamaan dengan 0.6 – 1.1 atmosfera (600 – 1100 gram/sm2) pada paras laut (8.5 paun/in2 – 15.6 paun/in2).


Penggantian Bola yang Rosak
Jika bola pecah atau rosak semasa perlawanan:
• perlawanan diberhentikan
• perlawanan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat mana bola mula bocor atau rosak (rujuk Undang-undang 8-Keadaan Tertentu).

Jika bola pecah atau rosak ketika di luar permainan semasa sepak mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti atau lontaran ke dalam:
• perlawanan dimulakan semula seperti sepatutnya.

Bola tidak boleh ditukar-ganti semasa perlawanan tanpa kebenaran Pengadil.



Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1Tambahan kepada peruntukan Undang-undang 2, penerimaan bola untuk perlawanan di dalam pertandingan kelolaan rasmi di bawah kawlan FIFA atau gabungannya tertakluk kepada salah satu dari berikut:
• Logo the official “FIFA APPROVED”
• Logo the offi cial “FIFA INSPECTED”
• Logo the “INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD”


Logo sedemikian pada bola menunjukkan bahawa ia telah diuji dengan rasminya dan didapati memenuhi keperluan spesifikasi teknikal, perbezaan setiap logo dan tambahan kepada ketetapan minimum yang dinyatakan di dalam Undang-undang 2. Senarai keperluan khusus kepda setiap logo mestilah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa. Institusi yang menjalankan ujian adalah tertakluk kepada kelulusan FIFA.

Pertandingan ahli-ahli gabungan juga boleh menetapkan kegunaan bola yang mempunyai mana-mana satu dari tiga logo ini.

Keputusan 2Untuk perlawanan pertandingan FIFA dan bagi perlawanan pertandingan anjuran konfederasi dan persatuan kebangsaan, sebarang iklan komersil pada bola adalah tidak dibenarkan, kecuali lambang pertandingan, pengelola pertandingan dan tanda dagangan pembuat yang dibenarkan. Peraturan pertandingan boleh menghadkan saiz dan bilangan tanda-tanda tersebut.

PANDUAN PENGADIL-(LAW.1 FIELD OF PLAYING)


SELASA, JANUARI 27, 2009

UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN

Permukaan Padang
Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan semulajadi atau artifisal mengikut peraturan pertandingan.

Warna permukaan artifisal mesti berwarna hijau.

Bagi permukaan semulajadi yang digunakan sama ada untuk perlawanan pertandingan antara pasukan yang mewakili ahli-ahli persatuan yang bergabung dengan FIFA atau perlawanan pertandingan kelab antarabangsa, permukaannya mesti memenuhi kehendak ‘FIFA Quality Concept for Artificial Turf’ atau ‘ International Artificial Turf Standard’ kecuali persetujuan khas diberi oleh FIFA.


Tanda-tanda Padang
Padang permainan mestilah berbentuk segi empat tepat dan ditanda dengan garisan. Garisan-garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan.

Dua garisan sempadan yang panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah garisan gol.

Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah yang bersambung di pertengahan antara dua garisan tepi.

Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditanda mengelilinginya.

Semua garisan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.


Ukuran
Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol.

Panjang (garisan tepi): minimum 90m (100 ela)
Maksimum 120m (130 ela)

Lebar (garisan gol): minimum 45m (50 ela)
maksimum 90m (100 ela)

Semua garisan mestilah sama lebarnya dan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.


Perlawanan Antarabangsa
Panjang: minimum 100m (110 ela) maksimum 110m (120 ela)

Lebar: minimum 64m (70 ela)
maksimum 75m (80 ela)


Kawasan Gol
Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 5.5 meter
(6 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 5.5 meter (6 ela) dan disambung dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan gol.


Kawasan Penalti
Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 16.5 meter (18 ela) dan disambungkan dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti.

Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya.

Suatu lengkok berjejari 9.15 meter (10 ela) dibuat dari setiap pusat tanda penalti di luar kawasan penalti.


Tiang Bendera
Tiang bendera tingginya tidak kurang dari 1.5 meter (5 kaki) dengan bahagian atasnya tidak tajam dan berbendera ditempatkan pada setiap penjuru.

Tiang bendera boleh juga ditempatkan di setiap penghujung garisan tengah, tidak kurang 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi.


Lengkok Penjuru
Suatu suku bulatan berjejari 1 meter (1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru ditandakan di dalam padang permainan.


Tiang dan Palang Gol
Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol.

Ianya mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan dicantum di bahagian atasnya dengan palang melintang.

Jarak di antara tiang-tiang itu ialah 7.32 meter (8 ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter (8 kaki).
Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12 cm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di belakang gol dengan syarat ia disokong dengan sempurna dan tidak mengganggu penjaga gol.

Tiang dan palang gol mesti berwarna putih.


Keselamatan
Gol-gol mesti dipacak dengan kukuh ke tanah. Gol-gol jenis boleh ubah dibenar digunakan jika ia memenuhi kehendak ini.


Padang Permainan


Bendera Penjuru


Ukuran Metrik


Ukuran Imperial



THE FIELD OF PLAY – PADANG PERMAINAN
GOAL LINE – GARISAN GOl
GOAL AREA – KAWASAN GOL
PENALTY MARK – TANDA PENALTI
PENALTY AREA – KAWASAN PENALTI
PENALTY ARC – LENGKUK PENALTI
HALFWAY LINE – GARISAN TENGAH
TOUCH LINE – GARISAN TEPI
CENTRE MARK – PUSAT PADANG
CORNER FLAG POST – TIANG BENDERA PENJURU
CORNER ARC – LENGKUK PENJURU
FLAG POST OPTIONAL – TIANG BENDERA TIDAK WAJIB
COMPULSORY – WAJIB


Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1Di mana kawasan teknikal diwujudkan, ianya mesti memenuhi kehendak yang diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa yang terkandung dalam publikasi ini.

PANDUAN PENGADIL-(PROCEDURE LAW.17)


ISNIN, FEBRUARI 02, 2009

AHAD, FEBRUARI 01, 2009

RABU, JANUARI 28, 2009