Sabtu, 6 Ogos 2011

LanRef09 Blog Info

Pro and Contra..



                 Disini saya mengalu-alukan setiap pengikut saya, untuk sentiasa update dengan blog saya dan sentiasa mengeluarkan pandangan dan cadangan baru yang mungkin berguna pada saya. Dan juga kepada senior-senior Referee diluar sana yang turut membaca artikel saya, anda juga boleh usulkan komen dan cadangan kepada blog saya ini..namun begitu, anda boleh mendekati saya dengan melawati laman facebook saya di : http://facebook.com/lanreff dan boleh mengingatkan saya akan kehadiran mesej ataupun komen anda jika saya sibuk.


                 Sekali lagi saya inigin merakamkan jutaan terima kasih kepada anda dalam merealisasikan impian saya ini. Ia bagaikan hadiah hari jadi anda, jika anda semua setia bersama kawan anda mahupun jatuh ataupun bangunnya.


Sekian.
Harap Maklum.


LanRef09.

Ramadhan & Referee..Alahai?

 Antara Tugas Dan Ibadah?
( Apa Persamaan ? ) 


Menjelangnya 1 Ramadhan Setiap Tahun...
Begini lah Rutin seharian yang terpaksa dilalui para pengadil-pengadil di seluruh dunia yang beragama "Islam/Muslim"...Cerita kali ini yang saya ingin kongsikan bersama dengan saudara di luar sana..ini lah sebahagian draipada rutin hidup kami. Ataupun timangan panggilan klasiknya, 'Asam Garam' bila bergelar "Pengadil".  Sudah sinonim dengan kami akan artikel ini kerana tugas Pengadil juga suatu ibadah.selain daripada beramal ibadah. Islam menuntut umatnya agar tidak leka,lemah,lalai,mengeluh ataupun sebaliknya semasa bulan ramadhan. Malah Islam menyeru agar kita mengerjakan kebaikan,amal ibadat,tambahkan pahala serta sentiasa menjaga peribadi serta kesihatan dibulan mulia lagi penuh berkat ini. Oleh itu, ia sudah menjadi suatu amanah yang terpaksa dipikul, dengan tanggungjawab yang besar semasa berada di atas "persada Dunia"...dengan gelagat dan aksi penonton yang membanjiri sudut-sudut tempat duduk dan stadium. Namun Begitu, Kami tetap Tabah,cekal,sabar dan memberikan sepenuhnya komitmen pada Negara Tercinta. Kami tidak takut akan kutukan ataupun kritikan?asalkan ia boleh membina kami dan kerjaya kami sebagai seorang pengadil. Kami juga tidak takut akan bahaya yang tidak diduga di tengah padang menyerang kami, MELAINKAN ALLAH ta'la. Jesteru itu kami direka dan dilatih menjadi pengadil yang berkuasa penuh dalam padang dengan Kad Kuning,Merah Serta wisel ditangan kami dan ia cukup jelas melambangkan keperibadian kami didalam memberikan keputusan yang MUKTAMAD! dalam masa 2-3 saat sahaja. Amat janggal kan kalau dikatakan pengadil dikatakan "Hakim Express"? pernah dengar sebelum ni? belum kan?jadi kamilah sebenarnya yang dimaksudkan dalam 'konteks' itu. Sebab kami membuat pertimbangan dan menghukum kesalahan atas padang hanya beberapa saat sahaja! dan itu adalah keputusan yang terbaik buat kami. Jika Hakim Mahkamah, mereka akan membuat keputusan dan siasatan selama beberapa tahun baharu tahu keputusan dan kedudukannya. malah, ada yang mengambil masa selama berdekad untuk menyelesaikan kes. Jadi Ironinya menjadi seorang pengadil, kami tidak gentar akan apa yang berlaku.kami juga ada dilatih seni mempertahankan diri demi mempertahankan diri dimasa yang tak diduga. Kami pengadil, Kami kena jaga maruah dan martabat diri kami sebagai seorang pengadil. Dan bukan seperti anjing ataupun 'punching beg' yang boleh disepak,ditumbuk sesuka hati. Jangan dilupakan pula, kami juga seorang  Manusia Biasa seperti kalian. Saya bukan membesarkan kepala disini, namun inilah hakikatnya sebagai seorang pengadil. saya paparkan cerita didalam dan diluar padang agar kalian dapat memahami dan mengamati tugas dan tanggungjawab kami. Kami ada Undang-undang Permainan dikepala kami. dan kami tahu apa yg 'boleh' dan apa yang 'tidak boleh' didalam sesuatu permainan. Pengadil dilatih untuk menguatkuasakan 17 undang-undang  Permainan di atas padang. Jadi pengadil bukanlah suatu tugas ataupun kerjaya yang mudah?ia memrlukan banyak persiapan dari segi mental dan fizikal serta kefahaman yang mendalam tentang ilmu pengadilan dan pelbagai lagi. Ukuran kami hanya pada L.O.G FIFA 2011/2012 dan bukan sekadar 'omongan' kosong ataupun kami 'reka sendiri'. Jika kita rujuk dalam Law of Game, Law No.5(REFEREE)-18 Jenis Kuasa & Tugas Referee dinyatakan. Manakala Law No.6(ASSISTANT REFEREE)-7 Tugas dan kuasa sebagai Assistant Referee. Maka jelas sekali kami dibekalkan undang-undang yang melindungi hak dan kepentingan perlawanan demi memastikan mutu ataupun kualiti perlawanan berada di tahap yang cemerlang dan jayanya.


             Kadangkala, suatu perlawanan yang kami terima itu, adalah perlawanan yang sengit,laju dan panas..Jadi kami terpaksa bersiap sedia mengukur tahap kecergasan serta stamina kami demi mencapai klimaks perlawanan yang lancar dan efisyen. Bila tibanya Ramadhan, kami akan menukarkan 'Mood" Latihan kami disebelah malam. Bintang,hujan,bulan turut beserta dengan kami setiap malam.tanpa mengira letih,sakit,penat bekerja , dsbgnya..kerana inilah kami dibayar dan kerana Bola Sepak lah kami berdiri disini. Kami tidak hiraukan selagi kami belum mencapai tahap ataupun level konduksi produktif yang kami perlukan. Kami tidak sia-siakan apa yang dikatakan "Malam" bagi kami. Kami sekali lagi terpaksa tinggalkan anak dan isteri setelah berbuka puasa atas dasar kami "For The Game, For The World"-FIFA. Yang kami sentiasa semat dan pangku disetiap celah permainan yang dijadualkan. Kami sentiasa berada disisi pemain , jurulatih, malah game coordinator demi memberikan kawalan yang terbaik dalam setiap aspek perlawanan. Disebabkan atas dasar "Manusia" biasa. kami juga punya kelemahan dan kesilapan yang boleh dikatakan "Terlepas Pandang" semasa perlawanan. Bukan niat nak rosakkan game, namun kami juga berusaha untuk terus memperbaiki kelemahan dan kekurangan apa yang ada dalam diri kami masing-masing..."Yang terbaik,Datang daripada NYA, Yang Buruk itu datang daripada kami sendiri". Walaupun berpuasa, itu tidak menghalang latihan kami. Malah zaman Rasullulah S.A.W pun boleh berperang dimasa zaman jahiliah menentang puak Quraish dengan tidak minum dan makan di medan pertempuran pada masa itu selama seminggu berturut-turut. Dan inilah dinamakn "Pengorbanan" Walaupun kami terpaksa melaksanakan 2-3 Tugas dalam satu masa, kami tetap tabah dan gigih melaksanakn tugasan dengan sebaik mungkin.




Walaubagaimanapun, Puasa tetap puasa, Tugas tetap Tugas. Ruangan cerita kali ini tidak banyak yang ingin saya paparkan..kerana ia akan bersambung lagi di episod akan datang, kita akan bertemu lagi di artikel saya yang lain. Sentiasalah 'Mengikuti" saya dan saya akan sendiri berikan peluang kepada anda merasai ataupun berada ditempat kami selama 10 minit dengan bual bicara bersama saya diruangan template yang saya sediakan. 


Terima Kasih diatas Sokongan Padu anda kepada Pengadil Malaysia. Namun Kritikan dan pandangan bernas tetap kami ambil kira demi memperbaharui dan meningkatkan mutu persembahan kami dipersada pentas dunia.!


Sekian,


wa bilahi wal taufik wal hidayah..wassalamualaikum w.b.t!


Ahlan wasahlan.


Ditulis Oleh: LanRef09

LanRef09 Official Blog Launch!

Assalamualaikum Slm Ramadhan?

Dan selamat menjalankan ibadah puasa buat semua pengunjung pengunjung yang sudi datang menjenguk ruangan blog saya ini yang secara rasminya di lancarkan pada hari ini 06/08/2011 ( Sabtu ). Saya amat bangga dan rasa terpanggil untuk mencipta ruangan blog ini khususnya buat anda semua yang masih 'kurang' faham akan perlaksanaan,tindakan,keputusan mahupun apa - apa yang melibatkan dunia 'Kepengadilan' yang sebenarnya. Jadi, disini saya suka mengingatkan bahawasannya, Blog saya ini bukan tempat untuk menyalahkan mana-mana pengadil yang ada di Malaysia ini ataupun tempat melempiaskan perasaan marah dan tidak puas hati anda kepada kami.Maka saya ingin mendekati anda kepada Kami.Namun niat hasrat murni saya ini, menjadikan ruangan blog saya ini dijadikan sebagai suatu "Medium Perantara" sahaja. Kami Pengadil hanya Manusia Biasa sahaja. Oleh itu, anda boleh menyoal apa-apa sahaja.dan kami akan membalas dengan jawapan yg bernas dan tepat berdasarkanPengalaman Kami semasa berada diatas Persada Kapet Dunia mengikut : LAW OF GAMES 2010/2011 FIFA yang sebenarnya. Dan, dengan itu kita menjaga hati dan nama baik  mana-mana individu yang lain dalam link ini. Jadi sikap Profesional, 1Malaysia dan kerjasama amat diperlukan bagi memastikan tiada sebarang implikasi negatif yang timbul disepanjang perbahasan dalam blog saya ini. Secara rasminya saya mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Pengadil FIFA pertama Malaysia Ke Piala Dunia 2010 Afrika Selatan- Cikgu Subhkidin Haji Mohamad Salleh, Kerana atas Dorongan,Latihan,Sokongan,Tunjuk Ajar dan juga Galakkan kepada saya selama ini,maka terciptalah blog ini khas untuk tatapan anda kawan-kawan diluar sana yang ingin mengikuti dan ingin mengetahui sebenarnya selok belok hidup seorang Pengadil?Jom Ikut saya bersama rakan - rakan Pengadil saya yang lain untuk memaparkan sebenar apa yang dimaksudkan dengan "Kuasa" Pengadil ataupun " The Man With The Wisel".dalam Blog saya ini.

Maka Dengan Lafaz Khalimah ...Bismilah hirahmanhirahim....

            Seorang Pengadil yang Bertauliah ataupun berkelayakkan, boleh dikenalpasti daripada Disiplin Beliau, Isyarat beliau, Kecergasan beliau,Larian beliau, Profesionalisme beliau dan juga ketegasan dalam senyuman beliau...Orang lama ckp:Cara pegang wisel, flag dan kad pun kita boleh tahu dia bertauliah ataupun tidak...Ini Reality?ada betulnye juga..sebab,ayah saya dulu adalah bekas Pengadil Kebangsaan Tahun 70'an juga...
                                Imej Kami Sentiasa Dijaga biar diluar atau dalam stadium!


 Pengadil yang berwibawa dan Disegani adalah daripada Kepimpinan Dan Keputusan Kritikal Beliau.

                                 Assistant Referee (AR2/3/4) Sentiasa Fokus dan Bantu Referee.


                                                        Wisel Kami Adalah Personality Kami.

                                         Keputusan yg Mandatori Terpaksa Diambil Jika Keadaan Memaksa Kami.Ini ada lah bagi mengelakkan perkara seperti "Violent (Ganas)","Dangerous(Bahaya)" & Unsuportive Behaviour (tiada semangat kesukanan) terjadi kepada pemain yang lain.







Setiap Orang ada Kelemahan dan Kelebihan nya yang tersendiri...Namun Kami Tetap gigih membetulakan apa yang silap dari masa ke semasa..
  Kami Juga Sentiasa Menitik-beratkan aspek penjagaan peralatan dan penyelenggaraan peralatan kami. Agar memastikan tidak berlaku perkara yang boleh dianggap ' Membodohkan Diri Sendiri' semasa perlawanan, akibat daripada kecuaian diri kita sendiri...pendek kata: Jangan Malas.




 Accuracy : Ketepatan di dalam menilai sesuatu kesalahan
 Jika kita Ikhlas, Allah Ta'ala akan membalas keikhlasan kita itu dengan hadiah ganjaran dan pahala..Begitu juga dengan kami..Kami sanggup berpanas,berhujan,bersejuk,kuli melecur,dll semata-mata mempastikan agar mutu permainan di tahap yang efisyen dan baik sehingga selesainya dan tamatnya sesuatu perlawanan itu di atas jam tangan kami dengan jayanya...itu kepuasan peribadi,


 Kami Juga ada 'short brief'(Tactical Planning) sebelum berlangsungnya sesuatu perlawanan itu..ia amat penting bagi kami dalam melaksanakan setiap tugasan.





 Kami juga diuji KECERGASAN setiap Tahun bagi memastikan tahp kesihatan kami berada di tahap yang amat maksimum dan berkualiti.Kalau Player lari,kami pun lari jug,jika anda bersenam,kami pun bersenam juga....pendek kata: Kami Sentiasa Cergas dan Bersiap sedia untuk tugasan yang seterusnya.








 Kami Ibarat suatu Institusi Keluarga yang punya bapa,emak,abang long,abang ngah,achik,usu,dsbgnya...jadi menjadi kelaziman kami setiap kali berjumpa dan berkumpul, kami akan berkongsi idea,cerita,pengalaman,dsbgnya..Bila ada antara kami yang 'Down' Kami akan turun bantu dan guide mereka...










Kami Sentiasa Pastikan Tahap Kecergasan kami ditahap yang baik dan berkualiti...








 Senaman dan regangan adalah penting dilakukan sebelum memulakan fitness test (Ujian Kecergasan). Sama seperti sebelum perlawanan bermula.






 Wajah-wajah Pengadil yang sentiasa memperbaiki kesilapan dan kelemahan kendalian game daripada taklimat , kursus, seminar, bengkel , dll. Yang mana ia dianjurkan bagi meningkatkan mutu kepengadilan di mata dunia. Dan memastikan setiap pengadil itu tahu apa peranan dan fungsi beliau diatas padang dengan lebih teliti dan efektif lagi.




           
Saya Lan Ref09 Melancarkan Blog Official saya yang pertama!
Semoga kita dapat berkenalan disini,tambahkan pengetahuan dan tambahkan rakan taulan,eratkan silaturahim dan kurangkan kontroversi sukan,sebaliknya bersama tingkatkan mutu sukan Negara!


Sekian,
Majulah Sukan Untuk Negara!
Assalamualaikum Slamat Berpuasa.


Jumpa Lagi Di Lain Ruangan Blog Saya Akan datang...!(Follow Saya)